Wednesday, March 26, 2008

Beban Hutang

Hari ini kami akan berbincang mengenai 'Bebanan Hutang' yang amat hangat pada masa kini. Mengapa masyarakat melayu yang selalu dicerut dengan hutang? Mengapa bukan masyarakat yang berbangsa lain?

Sudah biasa kita dengar kisah -kisah seperti penceraian,anak di luar nikah dan jugak hutang yang kami akan berbincang untuk hair ini.
Mungkin ramai yang sangka orang-orang yang berhutang hanya orang yang tidak normal(cacat atau sakit) yang berhutang, tetapi jangkaan anda salah.
Ada juga yang normal,cukup sihat tetap berhutang. Mengapa? Mungkin kerana mereka ingin melebihi kemampuan mereka.
Namun, ada juga yang berpendapatan tinggi,tetap berhutang. Pelik tetapi benar,tertanya-tanya kepada diri sendiri mengapa berhutang? Orang-orang sedemikian boleh dinamakan kemaruk. Mereka tidak fikir risikonya.